1.2.1
Penentangan di Naning (1831-1832)
British mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada
wilayah Melaka[5]. Gabenor Fullerton
berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka
kepada kerajaan British di Melaka.
Cadangan pegawai British ini ditentang oleh Dol Said iaitu
Penghulu Naning. Keengganan penghulu Naning ini telah menyebabkan British
menghantar sepasukan tentera pada bulan Julai 1831 untuk menangkap beliau dan
memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British. Dol Said dan pengikutnya berjaya menawaskan
tentera British. Pada tahun 1832,
tentera British sekali lagi melancarkan serangan. Kali ini gagal dalam mempertahankan Naning
apabila beliau tewas dalam serangan tersebut walaupun beliau telah mendapat
sokongan kira-kira 1400 orang dari penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai
Ujong.
Naning kemudiannya telah diletakkan di bawah wilayah
Melaka. Pada bulan Februari 1834, Dol
Said bertindak menyerah diri. Beliau
telah dibenarkan untuk menetap di Melaka.
1.2.2
Penentangan di Perak
Apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari
1874, J.W.W. Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W. Birch tidak mendapat kerjasama
daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Melayu yang lain kerana
kebanyakannya tidak suka dengan tingkah laku beliau.
Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan peribadi J.W.W.
Birch telah membawa kepada pembunuhan beliau.
Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato’
Maharaja Lela. Dato’ Maharaja Lela
mengarahkan Pandak Indut dan Seputum untuk membunuh Birch di Pasar Salak pada 2
November 1875.
Penentangan di Perak disebabkan oleh:
a) Kerajaan
British dan Birch menyekat hak mengutip cukai Sultan Abdullah dan
pembesar-pembesar lain. Ini kerana
kutipan cukai merupakan sumber pendapatan utama mereka.
b) Kerajaan
Inggeris menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat
penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris pada tahun 1875.
c) Birch
mengamalkan pembaharuan yang mendadak, misalnya;
i. Menghapuskan sistem pengabadian hutang.
ii. Memberi perlindungan kepada hamba-hamba
yang lari dari tuannya.
iii. Campur tangan dalam adat
resam orang Melayu.
d) Sikap
Birch
i. Melakukan pembaharuan terburu-buru tanpa
memperdulikan perasaan pembesar-pembesar Melayu.
ii. Tidak boleh berbahasa Melayu dan ingin
menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.
iii. Sikap kasar, misalnya pernah membakar
rumah dua orang pembesar Perak, iaitu Raja Ngah dan Tengku Paling Besar kerana
memungut cukai.
Ekoran daripada peristiwa tersebut British telah menyerang
Pasir Salak pada 15 November 1875. Dato’
Maharajalela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum telah digantung di Matang
pada bulan Januari 1879. manakala Sultan
Abdullah dan Ngah Ibrahim yang bersubahat telah dibuang negeri ke Pulau
Seychelles.
1.2.3
Penentangan di Pahang
Faktor-faktor penentangan orang Melayu ialah
a) Kehilangan
kuasa dan keistimewaan sultan dan pembesar-pembesar Pahang
i. Kerajaan British telah memperkenalkan
Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebsan pembesar-pembesar Melayu dalam
sumber ekonomi mereka. Sementera itu
kerajaan British juga telah menghapuskan sistem kerah dan hamba abdi.
ii. Pembesar-pembesar Melayu tidak boleh
menghakimi kes-kes jenayah dan sivil
iii. Jawatan penghulu telah dihapuskan
dengan perlantikan pegawai British.
b)
Ketidakpuasanhati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah
i. British memaksa Sultan Ahmad supaya
menandatangani surat penyerahan kuasa kepada anaknya, Tengku Mahmud kerana
Tengku Mahmud lebih disukai oleh British
ii. British enggan menambah elaun bulanan
Datuk Bahaman dan juga Tok Gajah
c) Ketidakpuasan
hati rakyat Pahang
i. British memperkenalkan sistem lesen
dan permit bagi masyarakat tempatan yang ingin memungut hasil hutan seperti
kayu dan daun rumbia.
ii. Dilarang memakai keris
iii. Memperkenalkan cukai tanah dan sistem
kerah bagi projek-projek awam. Denda
wang atau penjara 3 bulan akan dikenakan jika melanggar arahan kerah.
Ketidakpuasan hati
rakyat dan pembesar-pembesar Melayu telah mencetuskan pemberontakan pada
bulan Disember 1891. Dato’ Bahaman, Mat
kilau dan Tok Gajah telah mengetuai pemberontakan tersebut bersama-sama dengan
700 orang pengikut. Namun pemberontakan
ini berakhir apabila Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya ditewaskan pada
tahun 1895 dan terpaksa menyerah diri.
Dato’ Bahaman kemudiannya telah melarikan diri ke Siam sementara Tok
Gajah dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu.
1.2.4
Penentangan di Kelantan
Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian Bangkok)
pada tahun 1909, kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada kerajaan British
dan James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama pada
bulan Julai 1909. Penentangan yang
tercetus di Kelantan, dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Mat
Hassan Bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut.
Punca berlaku penentangan di Kelantan ialah:
a)
Perlantikan Pegawai Daerah di Pasir Puteh oleh kerajaan British
mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar melayu di kawasan Jeram,
iaitu Engku Bear Jeram Tun Ahmad.
Perlantikan ini menyebabkan beliau kehilangan punca hasil pendapatan
utamanya, malah beliau terpaksa untuk membayar cukai.
b) Pada
bulan Januari 1915, Sistem tanah baharu telah diperkenalkan oleh kerajaan
British yang mana orang Melayu terpaksa membayar sewa tanah yang tetap.
c) Selain
itu, kerajaan British juga mengenakan cukai terhadap setiap hasil tanaman utama
penduduk Kelantan, terutama padi dan kelapa.
d) Pegawai
Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British terutama pegawai yang ketiga,
iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang mempunyai perwatakan yang kasar dan
terlalu tegas. Beliau pernah mencaci
pembayar-pembayar cukai yang lewat dan sikapnya menimbulkan kemarahan orang
ramai.
Perasaan tidak puas hati akhirnya mencetuskan satu
pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Putih pada 29 April
1915. Namun dengan bantuan daripada
Sultan Kelantan, British berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan membunuh Tok
Janggut pada 24 Mei 1915.
1.2.5
Penentangan di Terengganu
Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman
bin Haji Abdul HAmid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong. Pemberontakan ini dikenali
sebagai ‘Pemberontakan Tani’ yang berlaku pada tahun 1928. Ini kerana pemberontakan ini melibatkan
sebahagian golongan petani. Antara
faktor-faktor penentangan ialah:
a) Pungutan
cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan
cukai kepala. Fenomena ini menimbulkan
rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan.
b) Kerajaan
British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan
tradisional yang sebelum ini lebih kepada bercirikan keislaman.
c) Kerajaan
British memperkenalkan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin meneroka
tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak
awam. Pas kebenaran ini membebankan
rakyat kerana kebanyakan daripada mereka mengusahakan pertanian pindah.
Pada 21 Mei 1928, orang-orang Melayu telah menyerang balai
polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
Namun pemberontakan ini berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British. Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang
negeri ke Makkah dan beliau meninggal di sana pada November 1829. Beberapa orang pengikutnya telah
dipenjarakan.
1.2.6
Penentangan di Sarawak (Semasa Dinasti Brooke James, Charles dan Vyner
Brooke)
Pada tahun 1853, James Brooke telah menghapuskan amalan
pemburuan kepala. Kumpulan Dayak
Laut yang tidak berpuas hati dengan
tindakan beliau telah bertindak menyerang kubu kerajaan. Rentap telah mengetuai serangan ini dan
mereka telah membunuh seorang pegawai British.
Brooke cuba membunuh Rentap beberapa kali namun gagal. Mereka hanya berjaya memusnahkan kubu
pertahanan Rentap sahaja.
1859 semasa pemerintahan Charles Brooke, pembesar-pembesar
tempatan yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh dua
orang pegawai British. Brooke telah
menyerang balas yang menyebabkan kekalahan pembesar-pembesar tempatan dan telah
mengalahkan mereka. Sharif Masahor telah
dibuang ke Singapura manakala Abdul Ghapur melarikan diri ke Brunei. Semangat untuk menyerang Brooke tidak pernah
padam apabila Abdul Ghapur cuba untuk menyerang Kuching pada 1860. Beliau tewas dan telah dibuang ke
Singapura. Pada tahun 1893 masyarakat
Iban telah menyerang tentera Brooke di hulu sungai Batang Lupar yang diketuai
oleh Banting. Namun berjaya ditewaskan
pada tahun 1908. Pada tahun 1920 semasa
pemerintahan Vyner Brooke, orang-orang Dayak menentang pembayaran cukai dan
telah memberontak di sungai Kanowit.
Pemberontakan ini diketuai oleh Penghulu Asun. Kerajaan British cuba untuk menjejaki Asun
dan telah menyerah diri pada tahun 1932.
Beliau telah dibuang negeri ke Lundu.
1.2.7
Pemberontakan Mat Salleh
Punca utama yang mewujudkan pemberontakan ini ialah tindakan
British yang banyak menyusahkan penduduk tempatan dan juga sekatan terhadap
pembesar tempatan. Pada penghujung tahun
1894, pemberontakan tercetus di Sungai Sugut.
Pada bulan Ogos 1895, pasukan British yang diketuai oleh Residen Barraut
telah menyerang kampung Mat Salleh. Mat
Salleh memberontak dengan membakar pekan pulau Gaya yang memusnahkan rumah dan
pejabat Residen di Ambong. Namun Mat
Salleh akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran pada 31 januari 1900.
1.2.8
Pemberontakan Rundum
Pemberontakan ini dicetuskan oleh kaum Murut terhadap pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pemberontakan tercetus pada bulan Februari
1915 di daerah Rundum dan diketuai oleh
Antanum. Faktor-faktor pemberontakan
ialah;
a) Cukai
yang dikenakan ke atas beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat tapai.
b)
Pengenalan ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan bagi tujuan
pertanian.
c)
Mengerahkan rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa
sebarang upah.
Pada bulan Februari 1915, pemberontak yang terdiri dariapda
lebih kurang 1000 orang menyerang dan membakar pejabat kerajaan di
Pensiangan. Namum pemberontakan ini
gagal dan mereka terpaksa berundur.
Antanum telah ditawan dan dibunuh.