Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti
Portugis, Belanda, British dan juga Jepun.
Penjajahan ini bermula apabila Melaka telah muncul sebagai pusat
perdagangan yang terkenal di rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana pedagang-pedagang
dari barat dan timur bertemu untuk urusan jual beli. Antara barang dagangan utama yang diminati
oleh orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain. Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini
ialah dengan pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka. Selain itu, Revolusi industri yang bermula di
Britain telah menyebabkan kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang
kaya dengan sumber alam seperti bijih timah.