PENJAJAHAN PORTUGIS

 Penjajahan Portugis
Menduduki Melaka selama 130 tahun (1511-1641).  Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquergue.  Beliau bertanggungjawab membina kota A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang, terutama daripada Sultan Mahmud yang telah beberapa kali berusaha untuk merampas semula kota Melaka daripada tangan Portugis.

Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan.  Rajah di bawah merupakan carta pentadbiran Portugis di Melaka.
          
           
 Rajah 4.1 Carta pentadbiran Portugis di Melaka

Secara keseluruhan, Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Acheh.  Akhirnya, Portugis tewas apabila diserang oleh Johor dengan bantuan daripada Belanda



Penjajahan Belanda
Ekspedisi perdagang Belanda yang terawal di Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1559.  Selepas daripada tarikh tersebut ramai perdagang Belanda yang berlumba-lumba datang ke Kepulauan Melayu untuk mendapatkan remPah-ratus, buah pala dan kayu cengkih.

Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda menubuhkan Syarikat Bersatu Hindia Timur ataupun VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) pada 20 Mac 1602.  Tujuan utama penubuhan VOC ialah menguasai perdagangan rempah dan juga memonopoli perdagangan bijih timah.

Langkah awal penjajah Belanda adalah menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619.  Belanda telah menjadikan Betawi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan ini telah memberi impak besar iaitu pelabuhan Melaka telah mengalami kemerosotan populariti.

Walaupun Belanda sudah mempunyai pelabuhan di Betawi tetapi Belanda cuba untuk menguasai Melaka dengan melancarkan serangan ke atas Melaka untuk menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedagang-pedagang asing ke Betawi.  Usaha Belanda ini berhasil apabila Belanda berjaya menguasai Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.

Penjajahan Inggeris
Menduduki Melaka pada tahun 1795 apabila Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan-kawasan timur kepada British sebagai langkah untuk melindungi tanah jajahannya daripada jatuh ke tangan Perancis.  Apabila Perang Napoleon tamat,  British terpaksa menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda.  Penyerahan semula Melaka amat merugikan British.  Oleh itu, British berusaha untuk mencari kawasan-kawasan di sekitar Tanah Melayu untuk dijadikan pelabuhan.  Peluang ini terbuka luas apabila Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada British untuk membantunya menghadapi serangan daripada kerajaan Siam dan juga orang Bugis dari Selangor.

Sultan Kedah telah mendapat ancaman daripada Siam kerana keengganannya untuk membayar ufti dan juga serangan daripada orang Bugis[1].   Orang Bugis telah menuntut wang sebagai pampasan namun Kedah enggan untuk membayarnya.  Keengganan Kedah telah menyebabkan orang Bugis bertindak untuk menyerang Kedah.  Sultan Kedah telah meminta bantuan daripada Francis Light[2].

Pendudukan Jepun
Sejak tahun 1932, golongan tentera telah menguasai politik negara Jepun.  Pada tahun 1937 pula, golongan tentera telah mula menyerang negara China.  Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai British dan Amerika Syarikat.  Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menerang Tanah Melayu.  Seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun menjelang pertengahan bulan Februari 1942.  Faktor-faktor yang memudahkan kejayaan Jepun ialah:
a)     Pihak British kurang bersedia dari segi ketenteraan.  Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) kerana Singapura merupakan  pusat pentadbiran British.
b)     Kelewatan tentera bantuan dari London dan India.  Ini berlaku akibat berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British.
c)     Jepun menyerang melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British.  Pertahanan laut British terlalu lemah, terutama selepas dua buah kapal perang British iaitu Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan Laut China Selatan.
d)     Persediaan tentera Jepun yang lengkap.  Tentera Jepun begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan.  Maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu.
e)     Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik (mereka tahan lasak sehinggakan menggunakan basikal untuk meredah hutan).  Kelebihah-kelebihan ini bertentangan dengan sikap tentera British yang kurang berdispilin dan tidak bersemangat.

Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat.