1.1 FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH



Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan British campur tangan dalam sistem pentadbiran kesultanan di Tanah Melayu.  Antaranya ialah ingin mendapatkan  bahan mentah akibat daripada permintan yang meningkat di Eropah.  Revolusi Industri yang bermula di British memerlukan bahan mentah seperti bijih timah untuk mengeluarkan produk industri.  Selain itu,  kawasan jajahan (Tanah Melayu) dijadikan sebagai pusat untuk menyalurkan barang-barang siap.

Persaingan kuasa luar juga telah menyebabkan British cuba mengambil langkah awal untuk memulakan penguasaannya di Tanah Melayu.  Jerman misalnya pada tahun 1871 telah mula keluar mencari pasaran dan bahan-bahan mentah.  Ini diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis yang memulakan penjajahan di Indo-China, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina.

Keadaan tidak aman di Tanah Melayu akibat daripada perebutan takhta dan pertikaian di antara kumpulan kongsi gelap untuk menguasai kawasan perlombongan telah mengganggu usaha British untuk memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan di Tanah Melayu.  Oleh itu, untuk  menangani masalah tersebut adalah dengan campur tangan agar maslalah tersebut tidak berpanjangan.  Fenomena ini terbukti melalui peristiwa-peristiwa berikut:

1.1.1       Campur tangan di  Perak
Perak merupakan negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik British.  British mengambil kesempatan ini akibat daripada perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.


Rajah 4.2 Kedudukan raja-raja dalam sistem pewarisan takhta Perak pada kurun ke-19.   perebutan takhta berlaku apabila sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi

Tahun
Sultan
Raja Muda
Raja Bendahara
Raja Di Hilir

1871
Sultan Ismail

Raja Abdullah

1865

Sultan Ali
Raja Abdullah

Raja Ismail

1857

Sultan Jaafar

Raja Ali

Raja Ismail

Raja Abdullah

1851

Sultan Muhammad Syah

Raja Jaffar

Raja Ali

Raja Yusuf


Dalam soal perebutan tahkta, masalah bermula pada tahun 1851 apabila Sultan Abdullah mangkat[3].  Raja Yusof yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara[4] telah digantikan oleh Raja Ismail.  Apabila Sultan Jaffar mangkat pada tahun 1865, Raja Yusof yang pernah memegang jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.  Manakala anak kepada Sultan Jaafar iaitu Sultan Abdullah telah dilantik.

Sementara itu, wujud perbalahan di antara kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San untuk merebut kawasan lombong-lombong baru.  Perbalahan mereka mencetuskan Perang Larut Pertama hingga Ketiga pada tahun 1861, 1865 dan 1872.

Kedua-dua masalah ini menimbulkan suasana yang kurang sesuai untuk perkembangan perdagangan British.  Ini telah mendorong British untuk campur tangan dengan menjemput pembesar Melayu dan pemimpin Cina untuk mengadakan rundingan.  Hasilnya, Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874.  Antara syarat utama perjanjian ialah:
a)     Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah
b)     Raja Ismail diberi geleran Sultan Muda dan diberi pencen
c)     Daerah Larut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen British yang akan bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut, Ngah Ibrahim.
d)     Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam hal-ehwal pentadbiran kegeri, kecuali aspek agama dan adat istiadat.  Residen juga berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri.
e)     Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk berdamai, melucutkan senjata dan menubuhkan asebuah jawatankuasa untuk menangani masalah tuntutan kawasan perlombongan.


1.1.2       Campur Tangan di Selangor
Campur tangan British bermula ekoran daripada perbalahan di antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan bijih timah.  Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menangani masalah tersebut.  Tengku Kudin dan puteranya Raja Ismail menyokong Raja Abdullah.  Sokongan ini diperkuat lagi dengan adanya sokongan daripada Yap Ah Loy.  Manakala Raja Mahadi disokong oleh kumpulan Kah Yeng Chew.


1.1.3       Campur Tangan di Sungai Ujong
Di Sungai Ujong, British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.  Pada 21 April 1874, Datuk Kelana bersetuju untuk menerima perlindungan British.  Ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.  Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana.  Ini meyebabkan Datuk Kelana meminta bantuan perlindungan daripada British dan sebagai balasannya beliau bersetuju menerima seorang Residen British.  Akhirnya, melalui perjanjian pada 16 September 1874, Datuk Kelana menerima W.I. Tatham sebagai Penolong Residen.


1.1.4       Campur Tangan di Negeri Sembilan
Melalui usaha-usaha yang dimainkan oleh Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan jatuh satu persatu di bawah selian British.  Menjelang tahun 1888, hanya daerah Tapin yang belum diambil oleh British.  Namun dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau, daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Sri Menanti.  Gabungan ini juga bersetuju untuk menerima seorang Residen British pada tahun 1889, iaitu Martin Lister.  Gabungan ini bertambah besar apabila Sunga Ujong dan Jelebu bersetuju untuk serta dan menerima Residen British.


1.1.5       Campur Tangan di Pahang
Hasrat British untuk campur tangan di Pahang telah lahir pada awal tahun 1800-an.  Pada peringkat awal, British tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana Pahang tidak mengalami masalah perebutan takhta ataupun perbalahan kumpulan kongsi gelap.  Peluang terbuka apabila timbul pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan adiknya Wan Mansur pada 1884.

Wan Ahmad telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dan melantik puteranya sebagai pewaris takhta.  Ini menyebabkan adik baginda tidak bersetuju dengan keputusannya dan mula untuk melancarkan serangan.  Namun tidak berjaya apabila dihalang oleh British.  Pada bulan April 1885, Frank Swettenham telah di hantar ke Pahang untuk menyelesaikan secara aman perbalahan ini dan mencadangkan supaya sultan Pahang menerima seorang residen.  Namun permintaan ini ditolak.  Desakan demi desakan telah menyebabkan Sultan Ahmad meneria seorang residen pada 8 Oktober 1887 dan John Pickersgill  sebagai residen pertama Pahang.