1.3 KESAN PENJAJAHAN


1.3.1       Politik

Dalam sistem pentadbiran tradisional, negeri dikuasai oleh sultan.  Namun dengan pelantikan Residen British, sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan pembesar-pembesar hampir kehilangan peranan mereka.  Namun, tidak dinafikan bahawa keamanan berjaya dipulihkan.  Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran politik kepda masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan.  Ini kerana Jepun menggunakan propaganda ‘Asia untuk Orang Asia’.  Orang Melayu untuk mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran.  Ini memberi keyakinan kepada mereka untuk mentadbir negara sendiri.  Masyarakat tempatan juga mendapat kesedaran tentang kelemahan kuasa pihak British.  Kekuatan British selama ini telah tercabar apabila dikalahkan oleh sebuah kuasa Asia.  Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan.  Kaum Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) kerana parti ini secara jelas menentang Jepun.  Parti ini juga berfungsi untuk menjaga dan membela nasib orang Cina yang tertindas.


1.3.2       Ekonomi

Negeri-negeri yang terbabit mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakin giat ekoran perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi dan getah.  Selain itu, akibat kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi moden, petempatan-petempatan mula berkembang dan memunculkan perbandaran.  Namun di sebalik kebaikannya, berlaku ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan di dalam sesebuah negeri itu sendiri.  Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur-pelabur Barat sedangkan kaum peribumi ketinggalan.

Pada zaman pemerintahan Jepun pula, Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi pada peringkat individu dan keluarga.  Harta benda terpaksa dibelanjakan untuk memperoleh makanan dan keperluan lain.  Perusahaan bijih timah dan getah yang pesat sebelum ia merosot dan hampir terhenti ekoran daripada kerosakan dan kemusnahan yang berlaku pada lombong, ladang dan kilang.  Kerosakan ini disebabkan serangan Jepun untuk menakluki Tanah Melayu.  Banyak barang keperluan utama tidak diperolehi seperti tekstil dan ubat-ubatan.  Ini menyebabkan barang-barang keperluan menjadi mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang ramai.  Nilai mata wang negara turut jatuh dengan teruk.  Mata wang ‘daun pisang’ yang diperkenalkan oleh Jepun tidak bernilai kerana percetakannya yang tidak terkawal.

1.3.3       Sosial
Kesan peninggalan penjajah Portugis ialah kelahiran masyarakat Serani hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan, pengenalan tulisan rumi (roman) dan penyerapan perkataan daripada bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu seperti jendela, almari, tuala, garpu dan lain-lain.

Pembangunan ini tergambar dengan wujudnya perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api, di samping infrastruktur lain seperti pusat kesihatan, bekalan air, elektrik, pos dan telegraf.

Semasa pemerintahan Jepun, pendudukan Jepun telah memberi kesan yang mendalam di hati penduduk Malaysia.  Antaranya ialah:
a)      Penindasan terhadap orang Cina
b)     Ramai penduduk yang terpaksa menjadi buruh paksa
c)     Negara mengalami kekurangan beras
d)     Penduduk menghadapi masalah kesihatan
e)     Layanan Jepun yang berat sebelah

1.4 KESIMPULAN

Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita.  Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudah berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak kepada pihak yang mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka.

Sistem sewa tanah dijalankan oleh Inggris, yaitu pada masa pemerintahan Gabenor Jenderal
Stamford Raffles. Dalam usahanya untuk menegakkan suatu kebijaksanaan kolonial yang baru, Raffles ingin berpatokan pada tiga azas, antara lain:1.      Segala bentuk dan jenis penyerahan wajib maupun pekerjaan rodi perlu dihapuskan dan rakyat tidak dipaksa untuk menanam satu jenis tanaman, melainkan mereka diberi kebebasan untuk menentukan jenis tanaman apa yang akan ditanam;2.      Peranan para bupati sebagai pemungut pajak dihapuskan dan sebagai gantinya mereka dijadikan bagian integral dari pemerintahan kolonial dengan fungsi-fungsi pememrintahan yang sesuai, perhatia mereka harus terpusat pada pekerjaan-pekerjaan umum yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.3.      Para petani yang menggarap tanah dianggap sebagai penyewa tanah milik pemerintah. Untuk penyewaan tanah ini para petani diwajibkan membayar sewa tanah atau pajak atas pemakaian tanah pemerintah.

Pelaksanaan sistem sewa tanah yang diperkenalkan oleh Gabenor Jenderal Stamford Raffles mengandung tujuan sebagai berikut:
1.      Para petani dapat menanam dan menjual hasil panennya secara bebas untuk memotovasi mereka agar bekerja lebih giat sehingga kesejahteraannya mejadi lebih baik;
2.      Daya beli masyarakat semakin meningkat sehingga dapat membeli baranng-barang industri Inggris;
3.      Pemerintah kolonial mempunyai pemasukan negara secara tetap;
4.      Memberikan kepastian hukum atas tanah yang dimiliki petani;
5.      Secara bertahap untuk mengubah sistem ekonomi barang menjadi ekonomi wang.

Pelaksanaan sistem tanam paksa (culturstelsel) sebenarnya merupakan usaha Pemerintah Hindia Belanda dalam memperbaiki keungan di Hindia Belanda. Usaha tersebut sebenarnya sudah dilakukan sejak masa pemerintahan Van der Capellen (1819-1825). Usaha-usaha Belanda tersebut semakin mendapat hambatan karena persaingan dagang dengan pihak Inggris. Apalagi setelah berdirinya Singapura pada tahun 1819, menyebabkan peranan Batavia dalam perdagangan semakin kecil di kawasan Asia Tenggara. Untuk kawasan Indonesia sendiri diperparah dengan jatuhnya harga kopi dalam perdagangan Eropa. Karena kopi merupakan produk ekspor andalan pendapatan utama bagi Belanda.

Soalan :

Pada pendapat anda apakah motif utama penjajah-penjajah bertumpu di negara kita (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak).  Apakah kesan penjajahan terhadap pembinaan negara bangsa?  Bincangkan.


[1] Bugis telah menolong Kedah dalam Perang Saudara pada 45 tahun yang lalu
[2] Dilahirkan pada tahun 1790 di Suffolk, England
[3] Diganti oleh Sultan Jaffar
[4] Jawatan pewaris takhta yang kedua kanan sebelum Raja Muda.

[5] Naning terletak di Sempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan